Saturday, May 19, 2007

Ayam Laga Saya (My Fighting Cock)

Oleh Sur Chee Phun
Pemenang Pertandingan Esei Merdeka Persatuan Penyarikata Filem 2007















Saya mempunyai seekor ayam laga.

Saya amat sayang dengan ayam laga saya.

Ayam laga saya berwarna coklat sawo matang dan mempunyai bulu yang lebat dan berselirat menarik.


Ayam laga saya sangat manja dengan saya.

Ia amat suka dibelai. Saya sering membelainya sejak dari kecil lagi.


Setelah meningkat dewasa saya hanya membenarkan ia dibelai oleh orang lain jika mereka merupakan gadis-gadis yang comel dan gedik.


Apabila ia dibelai oleh seorang gadis yang comel, ia akan berdiri tegak dan segak walaupun sebelum itu ia tidur.


Apabila ini berlaku ia juga akan menjadi besar kepala, lebih lagi jika sigadis tersebut memberikan ciuman padanya.

Ia juga sangat sensitif. Ia akan merajuk dan enggan bangun dari tidur jika ia ditertawakan orang ataupun diperlakukan dengan kasar.

Ayam laga saya juga sangat berdisiplin. Ia akan bangun awal setiap pagi dan berdiri tegak untuk berkokok tetapi ia bisu, jadi dia akan hanya berkokok dalam mimpi hati sahaja.

Ayam laga saya mempunyai tabiat seperti seekor kerbau.

Ia suka menyondol masuk didalam lubang-lubang yang kecil dan sempit dan terus berkubang didalamnya.


Ia amat suka jika ia dibelai dan dipicit-picit semasa ia berkubang didalam lubang-lubang sempit itu.

Semasa itu ia akan menjadi seronok dan akan meluru masuk dan keluar berulang-ulang kali.

Tetapi selepas beberapa jam minit ia berbuat begitu, ia akan menjadi mabuk dan muntah dengan banyaknya sebelum ia pingsan tidur.

Ayam laga memerlukan penjagaan yang rapi.

Ia perlu pemakanan yang berkhasiat seperti tongkat ali, tupai jantan dan ginseng korea.



Untuk membantu pertumbuhan minyak lintah gunung disapukan keseluruh ayam laga, satu kaedah yang sering diguna oleh mereka yang memiliki ayam laga yang kerdil dan kurus.


Tetapi saya tidak menggunakan semua itu bagi ayam laga saya kerana ia sememangnya segar dan kekar dan masih aktif walaupun sudah agak berusia.

Dalam ertikata lain, ayam laga saya masih hidroponik organik.


Sekian karangan saya.

--------------------------------------
Update:

"Arsenal has more female fans than any other Premiership club"

- Keith Edelman at shareholders meeting, Managing Director, Arsenal FC

-----------------------------------------------------

Newsflash

TELENOVELA fans ... the Manor has been updated. :D
------------------------------------------------------

22 comments:

Gemma binti Gammy Legs said...

Kalau saudara cipan bela ayam, maknanya saudara cipan ni Bapak Ayam lah kan?

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

Saudari Gemma,

Boleh jadi saudari sedikit keliru.

Istilah Bapak Ayam digunakan khusus pada pembela ayam-ayam komersial, bukan ayam laga.

Sekian harap maklum.

an0nymous-ign0ranus said...

ni nak tanya sikit, sir cipan. sir cipan punya school syllabus ni time bila? masa jaman jepang ke?

ada ka 'pingsan' ...

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

Saudari babe,

Saudari juga ada sedikit keliru agaknya.

"Pingsan" adalah istilah Tionghua/Melayu (Tiu-yu) lama yang membawa pengertian "melepek" (satu istilah melayu kuno yang jarang didengar sekarang) atau pun "flat" (slanga 70-an).

Selalu digunapakai sebagai past tense bersama istilah slanga 80-an "priap".

Sekian, harap maklum.

an0nymous-ign0ranus said...

sah, sir cipan mai dari zaman cambridge dulu.

In Technicolor said...

"Arsenal has more female fans than any other Premiership club"

- male fans are mostly the urban youth staying in middle class suburbs.. subang/bandar utama/bangsar/damansara heights/melawati.

effing ponce!

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

Saudari Babe,

Tidaklah sekuno zaman Senior Cambridge, cuma zaman MCE sahaja.

Bedo'oh gitew ...


Saudara/i Bunga Matahari,

Sukacita diingatkan bahawa segala urusan surat-menyurat dengan Jabatan ini hendaklah dalam bahasa kebangsaan; ataupun dalam loghat tempatan anda.

Merujuk kepada kenyataan anda diatas, dukacita kami maklumkan bahawa ia tidak berasas sama sekali.

Terdapat ramai peminat Arsenal yang merupakan jantan kekar yang berasal dari Tiong Nam settlement (Chow Kit), Brickfields, Kampong Baru (termasuk Kg Periok), Kg Melayu Subang dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Berdasarkan maklumat yang ada pada kami, peminat QPR pula boleh didapati disekitar kawasan Hotel Kowloon dan lorong-lorong berdekatan selepas jam 10 malam pada setiap hari.

Sekian harap maklum.

Penyimpan Rekod Peminat Bola (Semua Kategori)Dewan Bandaraya

In Technicolor said...

profile semua peminat liverpool, arsenal, chelsea & man united di malaysia menghabis masa di gedung pasaraya dan hanya pernah bermain futsal. sungguh memalukan.

dan semua wanita yang menyokong sukan ini adalah wanita yang kurang sek atau tidak dapat sek sama sekali.

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

Saudara/i Bunga Matahari,

Kami diJabatan Rekod amat teruja dengan penggunaan bahasa kebangsaan dipihak saudara/i.

Untuk pengetahuan anda, kajian kami menunjukkan bahawa kaum wanita yang meminati permainan bola amat aktif diranjang serta mudah telanj-, oopps, terangsang.

Kajian kami juga menunjukkan bahawa mereka kurang mendampingi lelaki yang berkecimpung dalam arena berbasikal atas alasan "banyak masaalah asas" atau problems with the fundament yang dikaitkan dengan sukan tersebut.

Akhir sekali kajian kami juga menunjukkan bahawa gedung pasaraya utama sering dipenuhi oleh pengunjung-pengunjung sekitar Hotel Kowloon yang berpeleseran sementara menanti waktu membuka (niaga) dikawasan tersebut.

Sekian harap maklum.

Penolong Pengarah, Jabatan Kaji-selidik Sosial, DBKL

Taiko said...

Pernahkah ayam laga tuan hamba berlaga dengan ayam laga orang lain?

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

Saudara Taiko,

Untuk pengetahuan semua, Kerajaan Malaysia telah mengharamkan semua jenis permainan laga ayam, termasuk berlaga ayam komersial.

Sebagai seorang pemilik ayam laga yang bertanggung-jawab, saya telah berjaya memastikan yang ayam laga saya tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak, terutama sekali oleh pemilik ayam laga yang lain.

Sekian harap maklum.

Leen AshBurn said...

Saya amat gelihati sekali membaca perihal laku ayam laga saudara. Tapi ingat ya, saya bukan mentertawakan ayam laga, hanya hati terusik girang sahaja.

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

Saudari Leen,

Kami, pemilik-pemilik ayam laga Malaysia, amat "gumbira" (slanga Penang zaman P Ramlee) apabila bersua dengan gadis-gadis riang dan rangup seperti anda.

Lebih lagi yang suka menggeli seperti saudari.

Jika sudi, silalah bertandang kerumah, boleh lah kita bersembang-sembang sambil membelai ayam laga.

Sekian harap jemputan diterima.

Leen AshBurn said...

*fans self*

Anonymous said...

Sungguh segak ayam laga saudara ye ... cam hero hindustan gitu.

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

leen,

Saudari hangat camna tu?

b-caddy,

Terima kasih.

Seperti hero-hero hindustan, segaknya terletak pada mancung paruhnya.

:P

waffles said...

ayam laga anda sedap hingga jilat jari juga ka?

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

YM Putri WZ,

Sesungguhnya patik kurang periksa sebab patik tidak punya pengalaman memakan ayam laga patik sendiri.

Ada lapuran yang memuji keenakan ayam-ayam dari Ipoh tetapi patik kurang pasti apakah ini termasuk kategori ayam laga.

Hanya yang pasti ayam laga organik memang lebih berkhasiat disamping sifatnya yang tegar, segar dan kekar.

Sekian sembah patik.

Anonymous said...

mashaAllah....jahanam sungguh budak2 zaman sekrang....kemana kah ajaran ugama dari forum perdana...kenapa dunia jadi begini.

dah la bela ayam laga....tabuat kerbau pulak tu...isk isk isk

oittt, ada lubang sper?
ada floppy labia?

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

Sdr Jutawan,

Dukacita dimaklumkan bahawa kami hanyalah pemilik ayam laga, dan bukan peniaga ayam komersial.

Saudara bolehlah berhubung dengan Jabatan Veterinar sekiranya anda berminat dengan kerbau berlabia floppy.

Sekian harap maklum.

Keropok said...

Saudara Keropok,

Pernahkah ayam laga saudara menyertai sebarang peraduan ayam laga bertari peringkat kebangsaan kebelakangan ini? Nampak familar aje???

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

Saudara keropok,

Untuk makluman tuan, ayam laga saya tidak pernah beradu dikhalayak ramai, baik dalam peraduan umum ataupun semasa perlagaan persahabatan.

Semua perlagaan yang ayam laga saya pernah terbabit bertempat disebalik "closed doors".

Sekiranya anda menjumpai klip video atau gambar di Internet yang didakwa memaparkan ayam laga saya, maka sila ambil perhatian bahawa bahan-bahan tersebut adalah ternyata palsu dan hanyalah hasil Photoshop sahaja.

Sekian harap maklum.